Friday 11 March 2011

7 sunnah Rasulullah SAW

Cerdasnya orang yang beriman adalah yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat,yang sekejap untuk hidup yang panjang,Hidup bukan untuk mati,tetapi untuk Yang Maha Hidup,hidup bukan untuk mati,tetapi mati itulah untuk hidup.Kita jangan takut mati,jangan mencari mati,jangan lupakan mati,tapi rindukan mati.kerana mati itu adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT.Mati bukan cerita dalam akhir hidup,tapi mati adalah awal cerita sebenarnya,maka sambutlah mati dengan ketakwaan.Jagalah tujuh sunnah Rasulullah SAW setiap hari...
  1. Tahajjud..kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahujjudnya.
    2.Membaca Al Quran sebelum terbit matahari,alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia,sebaiknya mata membaca Al Quran terlebit dahulu dengan penuh pemahaman.

    3.Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid ,kerana masjid merupakan pusat keberkahan,bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah mencari orang yang beriman untuk memakmurkan masjidnya.

    4.Jaga solat dhuha,kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

    5.Jaga sedekah setiap hari.Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

    6.Jaga wuduk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwuduk.kata khalifah Ali bin Abu Thalib"orang yang selalu berwuduk sentiasa akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat,dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa,ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

    7.Amalkan istigfar setiap saat.Dengan istigfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan Allah SWT.Zikir adalah bukti syukur kita pada Allah SWT.

Allah bersabda:
"berpesan-pesan lah kamu kepada kebenaran,dan berpesan-pesanlah kamu kepada kesabaran"
apa yang saya karang ini adalah untuk diri saya juga dan untuk semua pejuang-pejuang Allah SWT...

selamat beramal...aslam taslim...

No comments:

Post a Comment