Monday 28 May 2012

Permata atau kaca....

bismilahirahmannirahim...
sholawatullah....solu ala nabi...

Mata ku tiba tiba melihat dan merenung anugerah Allah yang begitu berharga....anak kecil...merenung anak mata nya dengan penuh seribu persoalan...melihat setiap gerak langkah mereka dengan penuh keasyikan...mendengar setiap satu persatu ungkapan kenakalan dari mulut mereka...tersenyum dengan kecerian lagak mereka...itulah anak kecil yang bisa membuat kita gembira....

Permata atau kaca...

Aku merenung jauh,,,persoalan yang bermain difikiran dan menerjah sanubari ku...

Apakah yg terjadi kepada mereka sepuluh tahun akan dtg?

Adakah mereka seperti kita dengan apa yang kite impikan?


Permata...

Membawa seribu sinar yang menerangi dan menyejukan mata...
Buat anak anak kecil...
Buat permata...
Hari ini mereka ceria dengan gelak tawa...
Mereka ceria dengan kenakalan dan jentera permainan mereka...
Dunia mereka tiada sebarang keraguan,,,tiada sebarang masalah..yang mereka tahu...hanye lar permainan...

Aku memandang tepat ke arah mata anak kecil ini...dengan seribu impian...impian yang ingin aku sampaikan...bagaimana anak kecil ini melihat kejayaan...

Kejayaan...

Bkn bermaksud kejayaan mendapat segulung ijazah,berpakaian segak,berpangkat tinggi,berkereta besar,rumah besar dengan keperangaian kebaratan,hilang pedoman,tanpa memikirkan soal islam dan melupakan asal usul bangsa mu...

Itu bukan sebuah kejayaan wahai anak anak kecil...itu lah yang dinamakan kaca..kaca yang berselarak dengan kebudayaan barat,kaca yang berselerak dengan permasalhan sosial,kaca yang tajam dengan kerapuhan nilai nilai murni islam,kaca yang melukakan dengan lupakan asal usul agama dan bangsa kamu....

Itulah kaca yang mendjadi idaman sebuah bangsa kafir...itulah kaca yang mengatur setiap langkah yahudi dan nasrani...


Permata....

Impianku untuk melihat permata...
Permata yang mencipta nama di mata dunia tanpa meninggalkan hurufiah alif sin lam alif mim dan mim lam alif ya wau...
Permata yang xakan lupe akan salasilah nya...
Permata yang membawa kejayaan islam di atas muka bumi...
Permata yang berani dalam sebuah perjuangan benar...
Itulah permata mim lam alif ya wau....


*kerajaan buat lah penambahbaikan sistem pendidikan agar dititik beratkan soal islam dan melayu...untuk lihat moral dan jati diri generasi akan dtg...



posted from Bloggeroid

Monday 19 March 2012

assalamualaikum cinta

Tergerak hati untuk menulis ungkapan assalamualaikum cinta...mungkin filem 7 petala cinta yang kian hangat masa kini...bukan itu yang aku maksudkan...assalamualaikum cinta adalah salah satu ungkapan yang tepat untuk aku kaji  pada diriku iaitu kian alpa dengan cinta hakiki iaitu Allah SWT..cinta agung Rasulullah SAW..betapa indah kalo ungkapan Assalamualaikum Cinta diungkapkan kpada cinta agung kita Rasulullah SAW...sayu ,sedih dan hiba bila kita merasakan diri kita jauh  dari jalan yang sepatutnya yang dibawa oleh kekasih Allah ,,ya Muhammad SAW...Assalamualaikum Cinta...
dan dalam satu masa yang sama aku mencari erti cinta terhadap manusia yang menyintai Allah SWT dan Rasulullah SAW...Assalamualaikum CINTA

Wednesday 11 January 2012

Hijau + Merah

salam 1 malaysia...salam 1 perpaduan...salam satu muslim....

Semakin hari,semakin panas..semakin hari,semakin dekat kita dengan PRU 13...apakah PRU 13 akan diadakan pada MAC atau JUN...mungkin menjadi tanda tanya..

Pelbagai isu-isu yang hangat diperkatakan hari ini,,di pihak kerajaan,transformasi PM "rakyat didahulukan ,pencapaian diutamakn terus menjadi agenda penting untuk diketengahkan..BR1M,SBPA dan bermacam2 lagi kaedah yang digunakan untuk menarik minat pengundi atas pagar ke arah BIRU...
Tapi dalam kemengan isu yang d bawa kerajaan,ada juga yang kurang enak didengar.Isu FIDLOT(sharizat jalil) yang membawa kredit kpd pihak pembangkang,isu saifful bukhari dan juga isu Khir yg ddapti bersalah.Mungkin akan membawa sedikit kegusaran kepada pihak kerajaan pada masa kini.

Berbalik pada pembangkang,mereka nampak gaya nya sekarang sudah berpesta kerana ketua mereka DSAI dibebaskan atas tuduhan meliwat.,mgkin impian mereka untuk menawan akan tertunai atau mgkin tidak.Faktor kdua yg memberi kredit kepada mereka skrg adalh penceramah bebas PAS Ustaz Azhar yg telah menjadi ikon pada remaja dan belia mereka skrg smpaikan yg ats pagar pun mula2 berjinak2 dengan parti pas..TAPI ingat,mereka juga tidak boleh senang lenang,tidak dapat diulik mimpi menawan  PUTRAJAYA kerana isu-isu hangat yang diperkatakan hari ini adlah tentang perjuangan dan prinsip sebnar parti2 dibawh nauangn mereka yang menjadi tanda tanya kepada penyokong2 yang mahukan kebenaran.Bak kate Ustz Hasan Ali,"kalau kite dapat menawan PUTRAJAYA,tapi kite melihat air mata org melayu jatuh berderai-derai"...apakah maksud kata2 beliau?...isu-isu yang mengatakan golongan Anwarisme telah menutup segala ruang kepada golongan ulama dalam pas adlah Nyata...Apakah Perjuangan PAS hari ini membwa kepada perjuangan ISLAM?..berbalik pada DAP..adakah DAP sebuah parti yang sgup bertolak ansur pabila Putrajaya ditawan?adakh mereka sgup melihat org islam menjadi pemerintah mereka?adakh mereka memerlukan lagi perlembagaan 153 dan 152????


Persoalan yang selalu timbul dalam fikiran saya sebelum saya melelapkan mata ..persoalan yang selalu saya tunggu untuk rakyat Malaysia utarakan...BILA KAH HIJAU + MERAH?mungkin kite akan menjawab,,,kuning...haha...kuning itu bukan nya bersih...tp kuning itu akan melambangkan kemenangan bagi kite org melayu..bila saya bertanya pada rakan-rakan saya,adakah semua itu akan berlaku..jawapan yang femes saya dengar adalah prinsip lain,pejuangan lain2,bongak dan angkuh,yang sorang nk berlembut,yang sorg lagi nk mempertahankn sampai halalkan cara,yang sorg lagi sanggup menentang merah sampai akhir ayat...(subhanallah)..inilah terjadi pabila seseorg yg terlalu assabiyah terhadap parti mereka.sgup memecah belahkan perpaduan umat islam..sgup sembayng jumaat 2 masjid,sgup mengkafirkan...sgup berkongsi dengan kafiq harbi demi menjatuhkn umat islam yang lain...



PADA SAYA JAWAPAN YANG MUDAH UNTUK HIJAU + MERAH>>>ini akan berlaku pabila ISLAM menjadi keutamaan,,,...INSYAALLAH>>>

Wednesday 24 August 2011

MENYAMBUT SYAWAL YANG PENUH DENGAN KEMAAFAN



Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha, hatinya tidak mati pada ketika hati mereka yang lain mati.”

Dalam sepotong hadis, RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: Harta itu tidak akan luak atau berkurangan akibat sedekah, dan tidaklah bertambah di sisi Allah SWT bagi seseorang yang sudi memaafkan, melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang merendah diri melainkan akan diangkat oleh Allah SWT (Riwayat Muslim)

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH IWABARAKATUH.....

SALAM AIDILFITRI....

KEDATANGAN BULAN SYAWAL BUAT KITA SEMUA ADALAH BUKAN UNTK KITA 

MERAYAKAN DENGAN BUNYIAN MERCUN,PESTA ARAK,PESTA BOHSIA,PESTA MAT 

REMPIT..TETAPI KEDATANGAN SYAWAL MEMBERI SERIBU ERTI UNTUK UMAT 

ISLAM YANG BENAR-BENAR MENGHAYATI...SYAWAL...LAZIMNYE,,,HARI UNTK KITE 

MEMOHON MAAF KEPADA AYAHDA,BONDA,KELUARGA..RAKAN-RAKAN DAN 

MENZIARAHI TANAH PERKUBURAN..TETAPI...KITA LUPA,,,SYAWAL BUKAN HNYA 

UNTUK KITA MEMOHON MAAF...KITA JUGA PERLU MEMAAFKAN ORG 

LAIN...SESUNGGUHNYA KITA AKAN MENDAPAT BERKAT DAN RAHMAT DARI ALLAH SWT...INSYAALLAH...


DIKESEMPATAN INI,,,ANA MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON KEMAAFAN 

KEPADA AYAHANDA,IBUNDA ,KELUARGA YANG BERADA DI KAMPUNG,RAKAN-

RAKAN WARGA AADK,RAKAN-RAKAN KOMIHT,RAKAN-RAKAN SEKOLAH 

LAME,RAKAN-RAKAN TEMPAT STUDY,KAWAN-KAWAN PEREMPUAN ,RAKAN-

RAKAN FACEBOOK,(TOK AYAH,AYHDA2,ABG LONG ,ABG GERAKAN SELENDANG MERAH,)
,JEMAAH2 LAIN,JEMAAH YANG BERADA DLM KGM30,SERTA SELURUH UMAT 

ISLAM DI DUNIA...SYUKRAN KERANA TELAH MENERIMA ANA SBG RAKAN...

Friday 27 May 2011

strategi barat mengukuhkan kedudukan dajal

Majoriti masyarakat mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan sumber kewangan.
Di sini ingin saya jelaskan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan ‘menyerang’ itu sebagai ’salah satu faktor’.
Benarkah Dajjal Perlukan Wang?
Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya?
Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan …
“Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan”
Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang
1. Imam Mahdi
2. Nabi Isa a.s.
3. Agama Islam
Senario Sekarang VS Kemampuan Dajjal
Kita perlu memahami dua persoalan ini iaitu senario/situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah dikecapi Dajjal.
Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis, Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih memerlukan wang masyarakat dunia?
Jika dibandingkan dengan situasi sekarang, media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika dan Britain melakuan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan minyak.
Benarkah begitu?
Saya paling tidak setuju dengan kenyataan ‘mencuri minyak’ oleh media massa. Itu bukanlah faktor utama. Pasti ada misi tersembunyi yang mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq.
Wang sudah tidak menjadi masalah dan bukan lagi suatu masalah kepada Dajjal, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak dunia sejak 400 tahun dahulu bermula dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton.
Misi Sebenar Dajjal
Teliti hadith-hadith ‘misi’ Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW
Berdasarkan fakta-fakta hadith seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah pun dilaksanakannya sekarang.
“Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun.”
(Riwayat Abu Daud dan Hakim)
“Kemudian kamu akan memerangi kaum ROm dan kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah .”
(Riwayat Bukhari)
Semua perkataan yang dimerahkan adalah bermaksud misi Imam Mahdi selepas dibaiahkan oleh umat Islam. Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu.
Dajjal yang genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran Nabi ISa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan ‘diturunkan’ dari kerajaan langit bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam.
Misi sebenar Dajjal ialah ….
“Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan peperangan di negara-negara Islam”
Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan bahawa kemunculan Imam Mahdi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s.
Imam Mahdi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir dari keturunannya sendiri iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahdi dari segi fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa.
Menyedari bahawa Imam Mahdi adalah bersifat manusia biasa yang ‘akan dilahirkan’ oleh seseorang di atas muka bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari ‘individu-individu’ yang dijangka melahirkan Imam Mahdi.
Teori Tentang Strategi Dajjal
Disini saya ingin membentangkan teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahdi.
Secara logiknya adalah sukar bagi Dajjal. Tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu ….
Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama’ harus diambil kira.
Pandangan ulama’ perlu bagi Dajjal kerana Imam Mahdi adalah superhero untuk umat Islam, dan kelibatnya amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahdi.
Jika kita mengambil maklumat dari hadith, ulama’ dan faktor sejarah, maka keputusan tentang kemunculan Imam Mahdi akan diperoleh seperti berikut:
#Teori 1 : Imam Mahdi di Iraq dan Iran
Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Fatimah - maka Imam Mahdi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib.
“Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah.”
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)
Kaitannya dengan Iraq dan Iran, - Negara Iraq yang luas itu mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni. Mengikut pandangan penganut Syiah, Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Hussein.
Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahdi akan muncul dari kalangan Syiah, tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia.
Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua negara ini kerana Imam Mahdi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq. Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah.
Senario sekarang dilihat tentera PBB terus ditempatkan di Iraq, ianya sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahdi.
Afghanistan adalah negara kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat dari segi keimanan penduduknya walaupun terdapat pelbagai suku.
Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas Soviet Union, ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para perancang perang Amerika dan Eropah.
Apakah keistimewaan Mujahidin?
Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di merata dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahdi kelihatan logik bagi Dajjal.
Dajjal tidak mengenali Imam Mahdi, jadi menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam Mahdi.
Sehingga sekarang tentera PBB ditempatkan di Afganistan. Menurut Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal keamanan. Tetapi bagi saya ianya sebenarnya sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ menanti kemunculan Imam Mahdi.
Pernahkah kita terfikir?
Pernahkah kita terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak cukup minyak yang terdapat di Afghanistan. Atau ada faktor lain yang menyebabkan Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ.
Pada 8 Disember 2006, Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam.
Wartawan CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober 2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15 kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu.
Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orag awam yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita yang berlaku.
Jadi, apakah kaitannya wanita dan kanak-kanak dalam operasi ini?
Adakah ianya kebetulan?
#Teori 2 : Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim
“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.”
(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)
Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa:
“Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya.”
Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahdi.
Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas.
Tidak! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanjian konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka.
Bagi saya, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas.
Kesimpulannya
Pada pandangan peribadi, saya amat yakin tujuan sebenar Dajjal menakluk dan menguasai ekonomi negara bukan sahaja di atas faktor politik dan ekonomi, tetapi ianya sebenar dijadikan jalan pintas untuk meninjau dan membendung kelibat atau tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi yang dijanjikan Allah SWT.
Imam Mahdi adalah khalifah yang akan mengetuai tentera fisabilillah yang akan muncul dari timur....

Friday 20 May 2011

Perjalanan penuh rahmat dibumi Anbiya

Salam...hmm...lame doh aku x update blog ni...rase rindu lar nk bercerita...maklumlah...bru jer blik dr bumi Saudi...Alhamdulillah...syukur sgt,,,makin bertambah sihat diri ini...makin bertambah berat badan ni...hehe...



tiba nye aku di Klia,..hati ni rase berdebor jer..maklumlah pertama kali nek flight..yelar...aku ni kn org kg..org yang sederhana..sampai je kt klia...mata aku terpandang jer org2 kt sane..masyaAllah..rama gak nk p umrah..yang tue ad,yang berkerusi roda ada,yang kecil pun ada...alhamdulillah..Ya Allah..aku bersyukur kamu memilih aku dalam keadan chat dan gagah untuk berjumpa dengan...aku sekeluarga menunggu untuk check in...tp las2,,wakil agen gtaw..flight delay..kul 6 petang bru boleh...ya Allah..ini ke ujian mu untk org jahil...aku sbo menunggu...semasa aku berada dlm flight...1st time nek..bedebor pun ade,..huhumase nk berlepas.Ya Allah.tkut gok rasenye...aku cr gak news paper melayu pnye...xd lgsung...yg ade english,mandarin n tamil...tp flight MAS!!!..huhu..dlam hati,,,hmm...tp pe2 pun mulut kne jage,,,sentiase bersangke baek...pramugri lak semenye free hair...he2...tp passengger seme yg nak p umrah...walahuallam...


Tepat jam 8.00 mlm waktu saudi(2.00 pg waktu Malaysia) sampai lar aku ke tanah Saudi Arabia.(jeddah)..igtkn sampai terus ke madina...tp kne tgu plok kt airport jeddah...imgresen sane rehat...xbukok lg...tgu lar aku ngn famly aku....tepat pukul 0100pg...kami naek bas bertolak ke hotel Medina...perjalanan dari Jedda k medina dalam 6 jam....sampai kt sane...badan dlm keadaan penat terus checkin hotel...tp msuk lam bilik...bkn tido pun..gosok gg,trus turun untk merasai angin medina...YA ALLAH..rupenye2 hotel yg kmi duduk hnye 50 meter jer dr masjid Nabawi...sguh cantik..mengalir air mata,pertama kali aku lihat masjid yang mempunyai makan Rasul junjungan kita..ya Allah...syukr aku dpt merasai keindahan alam ciptaan mu ni...Ya Rasull...untungnye aku dapat mengunjungi mu...mula2 aku menjejak kn tapak kaki ku di perkarangan masjid nabawi...hati terdetik dan sedey...ya Rasul..jahil nye hambamu ni...Jahil nye hambamu ni yang banyk melakukan kesalahan...Ya Rasul..bangganya aku menjadi umat Mu...Ya Rasul...jahilnye aku xjd pengikut yang taat akn suruhan Allah SWT...semase berada d Medina...aku ambil peluang betul2 kt sane...aku xpk mase d dunia...aku hnye pk untk bertemu AllahSWT dan Rasul je,,,aku cube untk sembhyang di Taman Raudhah...tp kali pertama gagal...aku cube untk kali kedua...Allah SWT maha Besar,..aku mintak  dengan penuh permintaan untuk merasai keharuman taman syurga tu,akhirnya 2 kali aku dapat mengerjakan solat hajat kat taman syurga...ya Allah..bangganye aku..mula2 aku menjejaki taman Raudhah ,bau yang semerbak harum..xtergambar dengn perkataan..Ya Allah inikah bau syurga sebenarnya...menitis air mata aku...aku hamba yang hina,hamba yang jahil,,,tp aku dipilh akhrnye oleh Mu Ya Allah...syukur sgt...tiap2 waktu solat...aku berjemaah di masjid nabawi...aku xakn lepaskan peluang yang ada...xakan lepaskan peluang yang Allah SWT seru untuk ku...

Hari 3 aku d Medina...aku mula bersiap utk ke Makkah Al Mukarramah...saat2 yang ditunggu...dengan pakaian ihram...kami sekeluarga pergi menaiki bas...perjalanan dalm 5 jam...sampai di miqat ...kmi pun berniat ihram...bukn senang dlam ihram..ada 13 panatng larang...kene jage betul2...kepala xleh ditutup ngn ape2,rambut xleh jatuh dengn perbuatan kita...bulu dari badan kite xleh ditanggal...mcm2...sampai jer hotel kt mekah...terus kmi ke masjidil haram...ya ALLAH...apabila mata aku terpadng jer kaabah...jatuh air mata ke bumi...Ya Allah..sebak...xleh nk kate ape2...YA Allah..indahnye kaabah ciptaan mu..indahnye masjidil haram...hrumnye bumi yang terpilih ini ya Allah...agungngya kuasa Mu Ya Allah...sampai jer..kmi pun lakukan tawaf..mase kt ats..tgk kelilng kaabah rama org,tp las2 ble time kmi nk tawaf kaabh...Ya Allah,,,lengang plok..ni kuasa yang Engkau tunujkan pada kmi Ya Allah...cukup jer tawaf 7 kali...kmi pun solat sunat tawaf dan lakukan..sudh jer lakukan solat sunat tawaf,,kmi sekeluarga pun p k bukit safa untuk lakukn saei dr safa k marwah...aku perhati di org2 tua yg buat tawaf..ksian kat dorg....terdetik d at ku,..Ya Allah..untung nye aku muda2 dpt buat umrah...msih chat walaafiat...sesdhnye tawaf...aku sruh adik bgsu guntg rambut untk sempurnakn umrah aku...alhamdulillah..tercapai umrah pertama bg ku,...

Selesai semua 2..aku blik ke hotel....duk sane...at ku sntiase tenang jer,,,jarak hotel  ngn majidl haram 100 meter jer,,,tiap2 pg aku akn pdg msjidil haram...aman,,tenang ..damai..urm..tiap2 waktu aku berada di masjidil harm...mse d tanh air...aku sush untk berada d masjd...tp ble d makah..sokmo nk berada d dpn kaabh...ble p wktu zohor...wktu isyak bru blik hotel...


Peristawa aneh yg terjadi pada driku:1st:mse aku berada di dpn kaabh..time 2 aku tgh tgu waktu asar..time 2 aku duk berzkir n bertasbih...tbe2 aku terpdg seorg yg warak,,cm india muslim..dgn berseban...tp ble dye brada dpn aku,,tbe2 hilang sekelip mate..aku cari2 ..memg xjumpa...masyaAllah...mengalir air mata(pe yg Allah nk tunjukn pada ku)...2nd:..time 2,,hari sabtu...aku tbe2 skit perut..dr pg sampai mgrib.jap2 k tandas...ak xtaw pe yg Allah nk uji pd ku..mgkn kslhan aku..mgkn dugaan pd aku...mlm sblum kjdian..aku mnx doa agar sgle kekotorn pd dr..akn terbuang dr driku...eskkn...dr subuh smpai mgrb..berok jer.....alhamdulillah...lepas mgrb...dgn sndri..,xskit perut lg...




Aku bersyukur per yg Allah bg pdaku,.,.,memudahkn aku utk mngerjakan segala urusn d sna...aku rindu untk p sane lg..berada d kaabah...berda d makn Rasulullah...rindunye aku pada semua 2..aku rindu YA ALLAH...hidup aku tenang sgt berada d sna...gembra sgt berada d sne...cuaca nampak panas...tp xrase panas pun.....rindu nk berzkir,sembhyg d hadpan kaabah yg mnjd kiblat aku selama ni...Ya Allah..aku memohon agar aku dpt sampai sane lg...rindunye aku pd tempat MU YA ALLAH...rindunye aku pada tanah lahirnye Rasulullah...;(...

Thursday 17 March 2011

wasiat Rasul kite yang mulia(Rasulullah SAW)

NABI Muhammad saw ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama adalah wasiatnya kepada menantu Baginda, Saidina Ali bin AbuTalib.Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim, perlu menjadikannya sebagai iktibar dan menjadikannya amalan.

"Wahai Ali, bagi orang mukmin ada tiga tanda iaitu:
1. Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia;
2. Tidak terpesona dengan pujuk rayu;
3. Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.

"Wahai Ali, bagi orang alim itu ada tiga tanda iaitu:
1. Jujur dalam berkata-kata;
2. Menjauhi segala yang haram;
3. Merendah diri.

"Wahai Ali, bagi orang yang jujur ada tiga tanda iaitu:
1. Merahsiakan ibadahnya;
2. Merahsiakan sedekahnya;
3. Merahsiakan ujian yang menimpanya;

Wahai Ali, bagi orang yang takwa itu ada tiga tanda iaitu:
1. Takut berlaku dusta dan keji.
2. Menjauhi kejahatan.
3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada tiga tanda iaitu:
1. Mengawasi dirinya.
2. Menghisab dirinya.
3. Memperbanyakkan ibadah kepada Allah.

Ibnu Abbas pula meriwayatkan, bahawa Ali berkata: "Pada hari perkahwinan dengan
Fatimah, Rasulullah bersabda kepadaku, mengutarakan 13 wasiat khusus untukku iaitu:

"Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki" tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).

"Wahai Ali, janganlah engkau 'memakai cincin pada jari telunjuk dan tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
"Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" (Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikatKu, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni
dia."

"Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu
memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, WASIAT RASULULLAH KEPADA SAIDINA ALIbahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

"Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-domba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga. "Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang
bersumpah dusta dengan nama-Nya.

"Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

"Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan makihamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

"Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencungkil gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah. Mencungkil gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan
pada celah gigi tidak dicungkil selepas makan.

"Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan serta kesabaran Allah ke atas hamba-Nya. Pertahankan diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

"Wahai Ali, perhitungkan (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

"Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi
hukuman. Maka dengan demikian , engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

"Wahai Ali, perbaikkan perhubungan antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

" Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan Kelepasan. Insya-Allah.pesanan ini untuk driku dan semua umat Rasulullah SAW