Thursday 17 March 2011

wasiat Rasul kite yang mulia(Rasulullah SAW)

NABI Muhammad saw ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama adalah wasiatnya kepada menantu Baginda, Saidina Ali bin AbuTalib.Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim, perlu menjadikannya sebagai iktibar dan menjadikannya amalan.

"Wahai Ali, bagi orang mukmin ada tiga tanda iaitu:
1. Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia;
2. Tidak terpesona dengan pujuk rayu;
3. Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.

"Wahai Ali, bagi orang alim itu ada tiga tanda iaitu:
1. Jujur dalam berkata-kata;
2. Menjauhi segala yang haram;
3. Merendah diri.

"Wahai Ali, bagi orang yang jujur ada tiga tanda iaitu:
1. Merahsiakan ibadahnya;
2. Merahsiakan sedekahnya;
3. Merahsiakan ujian yang menimpanya;

Wahai Ali, bagi orang yang takwa itu ada tiga tanda iaitu:
1. Takut berlaku dusta dan keji.
2. Menjauhi kejahatan.
3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada tiga tanda iaitu:
1. Mengawasi dirinya.
2. Menghisab dirinya.
3. Memperbanyakkan ibadah kepada Allah.

Ibnu Abbas pula meriwayatkan, bahawa Ali berkata: "Pada hari perkahwinan dengan
Fatimah, Rasulullah bersabda kepadaku, mengutarakan 13 wasiat khusus untukku iaitu:

"Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki" tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).

"Wahai Ali, janganlah engkau 'memakai cincin pada jari telunjuk dan tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
"Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" (Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikatKu, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni
dia."

"Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu
memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, WASIAT RASULULLAH KEPADA SAIDINA ALIbahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

"Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-domba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga. "Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang
bersumpah dusta dengan nama-Nya.

"Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

"Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan makihamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

"Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencungkil gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah. Mencungkil gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan
pada celah gigi tidak dicungkil selepas makan.

"Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan serta kesabaran Allah ke atas hamba-Nya. Pertahankan diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

"Wahai Ali, perhitungkan (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

"Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi
hukuman. Maka dengan demikian , engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

"Wahai Ali, perbaikkan perhubungan antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

" Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan Kelepasan. Insya-Allah.pesanan ini untuk driku dan semua umat Rasulullah SAW

Monday 14 March 2011

Tentera Fisabilillah dan Selempang Merah

Assalamualaikum...salam ukhwah...kepada semua pejuang Allah dan seluruh muslim muslimat....
ape yang kita tahu tentang tentera Fisabilillah???kita dengar dari mulut member,,,kite denga dr ustaz...yang tentera fisabilillah adalah tentera yang berjuang untuk agama menegakkan kbenaran kerana Allah Taala...

Mazhab Syafi’iyy
Al-Nawawi dalam Minhaj al-Talibin menjelaskan bahawa maksud fi sabil Allah bermakna tentera-tentera yang tidak menerima gaji daripada kerajaan, iaitu bermakna tentera yang sukarela menyertai peperangan (al-Nawawi 2000 : jil.2,403).
Al-Syafi’iyy menjelaskan dalam al-Umm bahawa bahagian fi sabil Allah disalurkan kepada tentera yang berada dalam kawasan sesuatu zakat yang disalurkan, sama ada pada yang kaya atau miskin kecuali diperlukan sebaliknya (al-Syafie 1993 : jil.2,97).
Ringkasnya, Mazhab Syafi’iyy memfokuskan makna fi sabil Allah hanyalah untuk jihad, tentera yang tidak menerima gaji dan yang berkaitan dengannya walaupun ia kaya.

Hari ini bila kite lihat...ada yang menggunakan perkataan fisabilillah hnye untuk mulut dan mengaku berada dalam tentera Fisabilillah..hmm..walAllahualam....mase zaman Rasulullah...umat islam yang menyertai perang pada zaman itu untuk mempertahankan islam dan memartabatkan islam adlah perjuangan tentera2 Fisabilillah..tp skrg,,mcmne kita untuk mnjadi tentera fisabilillah??adakh kite nk berperang?dan adakah kite adlah golongan yang terpilih untuk menjadi panji2 ufuk timur pada akhir zaman??...InsyaAllah,,,berjuang pada mase kini berlainan...bukan kite nk membabi buta membunuh kafir laknatullah.,.,tp kita berjuanglah same2 untuk menjaga agama kita...memartabatkan islam..memuliakan islam...berjihad pada jalan Allah mulia dcc Allah SWT...tugas kita bukan hnye berbaiah menjadi tentera Fisabilillah dan bersumpah mgikut Al quran...tapi amlan kita adlah penting untk memantapkan lagi perjuangan kita sebagai tentera Fisabilillah...InsyaAllah,,,jge lah iman dan amal kita...kuatkan dari segi fizikal dan mental...bazahkan lidah dengan Zikrullah....dan jangan lah kita mudah patah semangat...bangkit lah kite untuk perjuangan kita sebgai tentera dan moge2 kite adlah yng terplih dalam perjuangan tentera Fisabilillah,,bukan hnye kate2,,bukan hanye pakaian luor shje,,tp dlaman kite kuatkan dengan iman yng mantap...

Sabda Nabi SAW:

Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji. (Al-Hafiz Abu Naim)

Dan mungkinkan kite terpilih menjadi tentera Fisabilillah sebagai Panji-panji hitam dari timur,....InsyaAllah,,,berjuanglah kite untuk agama ,bangsa dan tanah air...kite daa dekat,,,islam perlukan kita...carilah diri kite yang sebnar...bangkit lah umat Rasulullah SAW sebelum terlambat....kite perlu bersatu.,..carilah jalan untuk kite berada dalam jemaah..memantapkan lagi perjuangan kita menentang kemungkaran...InsyaAllah..dan moge2 kite adalah yang terpilih...Aslam Taslim...sederhana duniawi...sempurna Akhirat...InsyaAllah...

Selempang Merah

Bila kite lihat pada sejarah,,kite terbayang 13 Mei 1969...parang terbang bersalut selempang merah menjadi bayangan di benak fikiran kita...Apa yang kite tahu tentang gerakan Selempang Merah??? Selempang merah  lebih dikenali oleh golongan tua masa kini berikutan dengan pergerakkan pasukan atau pun Tentera Selendang Merah ini amat aktif dan terkenal ketika Tanah Melayu dikuasai komunis. Pengasas dan pemimpin yang dihormati Selendang Merah adalah Kiyai Panglima Salleh di mana Pergerakan Selendang Merah mula berputik di selatan tanah air, Batu Pahat ketika rakyat Tanah Melayu bersatu menentang komunis.
Pergerakan Tentera Selendang Merah mula terkenal dan semakin tersebar diseluruh tanah air di kalangan orang Melayu selari dengan kebangkitan orang Melayu dalam menentang komunis. Berbekalkan pegangan Tentera Selendang Merah iaitu amalan Ayat Empat dan semangat juang yang kental, nama Tentera Selendang Merah digeruni pihak musuh dan dihormati rakyat tempatan.
 Nama Selendang Merah masih lagi kedengaran dan kesinambungan serta warisan Selendang Merah tetap diteruskan di kalangan orang Melayu. Amalan Ayat Empat yang diwarisi secara perguruan di dalam PERTUBUHAN SENI SILAT KUNTAU SELENDANG MERAH dijaga dan diteruskan hingga ke hari ini selaras dengan semangat yang kuat serta penghayatan yang tinggi seperti mana yang telah diwujudkan oleh Kiyai Panglima Salleh dan Tentera Selendang Merah yang terdahulu...dan perjuangan Selempang Merah diteruskan untuk agama bangsa dan tanah air...Semoga perjuangan selempang merah adalah perjuangan Tentera Fisabilillah...perjuangan yang patut diteruskan...perjuangan yang berlandaskan agama..dan semoga gerakan Selempang Merah dijaga dan terjaga oleh tentera2 nya yang berjuang kerana Allah SWT .....perjuangan tetap diteruskan...kuatkan fizikal,,,mantapkan iman dan amal...InsyaAllah..kita yang terpilih.....hidup menang mati syurga..aslam taslim...sederhana duniawi...sempurna akhirat....wasalam...

Saturday 12 March 2011

Lambaian Khaabah...

'La'bai kallah ummalaba'i...la'bai kala syarikala kala ba'i '....bila dengar jer seruan tu,,,menangis rase hati ini...bersyukur aku akan dpt p ke tempat lahirnya Rasulullah...xsabar rasenya nk menziarahi tempat dmana lahirnya islam...xsabar nk merasai keindahan islam di masjidil haram...tp,bersediakah aku untuk mengadap Allah SWT dan Rasulullah dengan keadaan aku...aku cube untuk perbaiki diri aku..aku bersyukur perubahan yang aku buat pada hri ini..moge2 perubahan ini mendapat keberkatan dari Allah SWT...moge2 aku berada pada jalan yang benar...Ya Allah...adakah aku ini umat Rasullah yang sebenar?Ya Allah...adakah aku umat yang berjuang pada jalan kebenran?layakkah aku menjadi tentera Fisabilillah?...lambaian Kaabah terngiang2 di benak fikiran aku...lambaian Kaabah menyeru2 aku untuk mendekati...Lambaian Kaabah....makin hari,,makin dekat  di hati aku...bersediakah dirku untuk berjumpa Rasulullah SAW yang kucintai?...bau wangi tanah haram yang aku bayangkan...kaabah yang indah aku impikan....Ya Allah...aku hamba Mu yang hina...yang telah banyak melakukan dosa....yang telah merasai jalan kesesatan selama ini..mungkin anugerah yang Engkau beri pada aku untuk merasai amalan di tanah Haram adalh hikmah dan hidayah pada diriku...Ya Allah...aku tidak sabar lagi....xsabar lagi merasai amalan di sana...aku xsbar lagi berjumpa dengan Rasulullah yang aku cintai..aku xsabr lagi memakai ihram mengadapmu ya Allah....moge2 pemergian aku ini memberi rahmat pada diriku.....biarlah aku sederhana dunia..sempurna untuk hari akhirat...Aslam Taslim...wasalam...

Syukur....Alhamdulillah...


Tsunami.......................terkejut bila kita mendengar negara doraemon dilanda tsunami yang meragut beratus-ratus rakyat...malam tadi,semasa aku bertugas di ofis..tiba-tiba kawan sepejabat datang memberitahu aku yang kampung sekitar pantai di terengganu diberi amaran berjaga-jaga...Ya Allah...sampai begitu sekali...bila kita renung balik,semua musibah yang berlaku ini ada hikmahnya...kita sebagai manusia patut bersyukur dan sentiasa panjat kan kesyukuran kpd Allah SWT dengan hanya mengeluarkan kata Alhamdulillah..bukan payah pun,tp kita yang bongkak untuk mengeluarkan kata2 tu...Kita ptut besyukur kerana kita dilahirkan dalam negara Malaysia...dari sudut geografinya,,kita jauh dari bencana gunung berapi,gempa bumi...tapi kita angkuh..kita xbangga dengan tanah air kita...kita bongkak..kita menghina negara sendiri...kita sombong,kita x bersyukur dengan apa yang kita nikmati hari ini...kita boleh bekerja dengan relax,kita boleh belajar dengan tenang,,kita boleh menikmati lagi ayam KFC dengan seenaknya.,..kita boleh mandi dengan air yang kira ok lar.kita boleh sembahyang di rumah mhupun di masjid yang kadang2 kita tengok seperti istana..terpesona dengan keindahanya...walhal..kita tahu,kehidupan seharian kita amat mewah,amat maju,amat senang berbanding negara-negara lain...kita nk p belajar pun,xd masalah langsung...pinjman bagi,biasiswa bgi,baju sekolah free,,dapat futher study pun...dpt lg duet dr yayasan terengganu(khas untuk rkyat terengganu jer),dri kecil sampai beso..kita xkebulur pun....x bersyukur lagi ke kita????biarlah kita hidup dalam sederhana...mantapkan iman,,kuatkan islam...sempurnalah untuk hari akhirat...bersyukurlah pada Yang Maha Esa...kerana kita boleh hidup dengan keadaan sekarang...amin...aslam taslim..







Friday 11 March 2011

7 sunnah Rasulullah SAW

Cerdasnya orang yang beriman adalah yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat,yang sekejap untuk hidup yang panjang,Hidup bukan untuk mati,tetapi untuk Yang Maha Hidup,hidup bukan untuk mati,tetapi mati itulah untuk hidup.Kita jangan takut mati,jangan mencari mati,jangan lupakan mati,tapi rindukan mati.kerana mati itu adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT.Mati bukan cerita dalam akhir hidup,tapi mati adalah awal cerita sebenarnya,maka sambutlah mati dengan ketakwaan.Jagalah tujuh sunnah Rasulullah SAW setiap hari...
  1. Tahajjud..kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahujjudnya.
    2.Membaca Al Quran sebelum terbit matahari,alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia,sebaiknya mata membaca Al Quran terlebit dahulu dengan penuh pemahaman.

    3.Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid ,kerana masjid merupakan pusat keberkahan,bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah mencari orang yang beriman untuk memakmurkan masjidnya.

    4.Jaga solat dhuha,kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

    5.Jaga sedekah setiap hari.Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

    6.Jaga wuduk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwuduk.kata khalifah Ali bin Abu Thalib"orang yang selalu berwuduk sentiasa akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat,dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa,ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

    7.Amalkan istigfar setiap saat.Dengan istigfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan Allah SWT.Zikir adalah bukti syukur kita pada Allah SWT.

Allah bersabda:
"berpesan-pesan lah kamu kepada kebenaran,dan berpesan-pesanlah kamu kepada kesabaran"
apa yang saya karang ini adalah untuk diri saya juga dan untuk semua pejuang-pejuang Allah SWT...

selamat beramal...aslam taslim...

salam buka bicara

assalamualaikum...salam kepada semua pejuang Allah..salam juga kepada muslim dan muslimat seluruh dunia...aku cipta blog ini adalhsemata-mata mahu mengisi masa lapang...kepada yang xmengenali aku,,boleh lar cuba2 kenal..ahaks...berkawan biar seribu,bercinta biar seorang...insyaAllah,dengan berkat Allah SWT,blog yang aku cipta nin dapat membri maklumat kepada semua muslim dan juga maklumat yang berguna untuk diriku juga....salam perkenalan...aslam taslim